PGA jumpa 178 karton arak seludup dalam kereta - Utusan Malaysia

PGA jumpa 178 karton arak seludup dalam kereta

SEBAHAGIAN daripada arak seludup yang ditemukan dalam sebuah kereta di tempat letak kereta pusat beli-belah di Gelang Patah, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pasukan Gerakan Am (PGA) menemukan sebanyak 178 karton arak seludup pelbagai jenama dalam tiga kereta yang dianggarkan bernilai lebih RM121,000 di GP Mall, Gelang Patah, di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Dimin Awang berkata, susulan penemuan itu, seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, rampasan arak seludup pelbagai jenama itu dibuat di tempat letak kereta pusat beli-belah tersebut pada pukul 10.55 pagi.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM121,000. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk tindakan lanjut.

“PGA menyeru orang awam terus menyalurkan maklumat kepada polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya