Dua Pegawai Maqis direman lima hari - Utusan Malaysia

Dua Pegawai Maqis direman lima hari

DUA pegawai Maqis Johor ditahan reman lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes kartel daging sejuk beku import yang didedahkan Disember lalu di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes sindiket kartel daging sejuk beku import yang didedahkan awal Disember lalu.

Kedua-dua mereka yang masing-masing berusia 27 tahun dan 31 tahun ditahan reman selepas disyaki terlibat dengan sindiket berkenaan.

Perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Penolong Pendaftar, Nur Izzaty Muhammad Zahari di Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini hari ini.

Kedua-dua suspek dipercayai melakukan jenayah berkenaan ketika berkhidmat di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Datuk Azmi Alias memaklumkan kedua-dua suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM negeri kira-kira pukul 11 malam tadi.

“Mereka disyaki menerima rasuah bagi aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kedua-dua lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 atas tuduhan menerima rasuah.

Pada 2 Disember lalu, Maqis mendedahkan kegiatan kartel daging sejuk beku import yang membawa masuk daging tanpa sijil halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk dijual di pasaran tempatan.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, empat individu lain melibatkan tiga pengarah syarikat dan seorang kerani yang direman selama empat hari bersabit skandal sama telah dibebaskan hari ini dengan jaminan SPRM selepas tempoh reman tamat.

Kesemua suspek yang berusia antara 39 hingga 50 tahun itu dibebaskan dengan jaminan berjumlah RM10,000 setiap seorang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya