Bersatu sudah bersedia jika UMNO mahukan PRU-15 – Wan Ahmad Fayhsal -

Bersatu sudah bersedia jika UMNO mahukan PRU-15 – Wan Ahmad Fayhsal

Laut China Selatan
WAN AHMAD FAYHSAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (gambar)yakin partinya sudah berada dalam keadaan bersedia jika UMNO tetap mahukan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat.

Beliau berkata, Bersatu enggan membebankan rakyat dengan kemelut politik namun segala-galanya terpulang kepada UMNO untuk membuat keputusan sama ada mahu terus mengekalkan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Dia (UMNO) nak buat macam mana dia putuskan, kalau dia berani berdepan dengan rakyat untuk panggil pilihan raya awal silakan, kita tak boleh halang.

“Kita bersedia kalau ada sebarang kemungkinan kena pilihan raya kita hadap, tetapi kita tidak mahu sebab Covid-19, itu sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada masa sama, Wan Ahmad Fayhsal mengakui Bersatu berasa kesal dengan tindakan UMNO yang sering cuba untuk menggugat kestabilan kerajaan PN ke­belakangan ini.

Katanya, ini termasuk surat sokongan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyingkiran Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak.

“Seperti didedahkan Tan Sri Annuar Musa, ini kali ketiga kami terkesan dengan tindakan UMNO. Yang pertama surat sokong dari Datuk Seri Zahid dan Datuk Seri Najib yang terbukti benar, kita tahu itu memang benar. Tetapi kita tak nak buat bising sebab nak jaga integriti dan perpaduan kerajaan PN.

“Kita memang kecewa itu sudah tentu, marah sudah tentu tetapi apa guna kerana kita tak boleh mengawal apa yang berlaku dalam UMNO, bukan? Semuanya terpulang kepada UMNO,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.