Banjir Pahang rekod mangsa lemas pertama - Utusan Malaysia

Banjir Pahang rekod mangsa lemas pertama

OPERASI mencari mangsa yang hanyut di Sungai Puas di Jerantut, Pahang diteruskan lagi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kejadian banjir di negeri ini merekodkan korban pertama selepas seorang lelaki ditemukan lemas manakala setelah anaknya masih hilang selepas dihanyutkan arus deras Sungai Puas, di sini malam tadi.

Mangsa Zulkarnain Hitam, 58, yang hanyut ketika melintasi kawasan banjir berhampiran sungai itu ditemukan oleh anaknya selepas kejadian.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mazlan Hassan berkata, kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu berlaku ketika mangsa bersama tiga anaknya dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Perdana ke sebuah rumah di Kampong Sokti, di sini.

Katanya, kira-kira dua kilometer dari rumah kampung mereka, mangsa bersama tiga anaknya meletakkan kenderaan di Kampung Gintong susulan jalan terputus akibat banjir.

“Mangsa lemas dan dua anaknya berjaya dibawa naik oleh orang kampung manakala seorang lagi anak mangsa yang hanyut gagal ditemukan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mazlan, anak mangsa, Ukai Iskandar, 23, yang merupakan penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) belum ditemukan.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat yang ditangguhkan pada pukul 3.30 pagi tadi diteruskan lagi pada pukul 8 pagi ini.

Dalam pada itu, Mazlan menasihatkan orang ramai berhati-hati dalam keadaan banjir dan merancang perjalanan dari semasa ke semasa.

“Orang ramai diminta berwaspada dengan keadaan banjir bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingin berlaku seperti pokok tumbang.tanah runtuh dan kenaikan paras air di Sungai Pahang,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya