Bagaimana PdPR sekolah pendidikan khas? - Utusan Malaysia

Bagaimana PdPR sekolah pendidikan khas?

Sekolah dibuka secara berperingkat mulai Mac ini. Timbul keluhan segelintir ibu bapa yang mendakwa gajet, internet dibeli mereka membazir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Isu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hangat diperkatakan sejak sekolah dibuka minggu lalu de­ngan masalah ketiadaan peranti dan tiada liputan internet menjadi perkara utama yang diutarakan.

Situasi itu memaksa ibu bapa berhabis ratusan malah ribuan ringgit semata-mata memastikan anak-anak mereka tidak ke­tinggalan mengikut sesi PdPR.

Bagi yang kurang berkemampuan, mereka terpaksa menggunakan apa yang ada termasuk berkongsi dengan adik-beradik lain sambil berharap ada pihak yang prihatin menghulurkan bantuan kepada mereka.

Namun, di sebalik kisah itu, banyak masyarakat terlepas pandang terhadap mereka daripada ka­tegori sekolah pendidikan khas yang juga perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

Seorang guru yang enggan dikenali berkata, murid sekolah pendidikan khas tidak sesuai mengikuti kaedah PdPR berikutan kekangan tertentu.

Katanya, pembelajaran murid-murid sekolah khas perlu dilakukan secara berdepan kerana mereka memerlukan pemerhatian yang lebih berikutan golo­ngan itu terdiri daripada mereka yang antaranya bermasalah pembelajaran, gangguan komunikasi, hilang penglihatan atau pintas cerdas.

“Murid-murid sekolah khas ini mendengar cakap tetapi apabila arahan yang diberikan menggunakan kaedah dalam talian, kebanyakan daripadanya tidak mampu untuk melakukannya.

“Bukan itu sahaja, contoh­nya untuk pembelajaran seperti subjek seni, dalam kelas yang hanya mempunyai enam pelajar, namun yang melakukannya hanya seorang. Malah, hasil penilaian kita dapat melihat bahawa tugasan yang kita berikan tidak dilakukan pelajar,” kata­nya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ketika negara dilanda pandemik Covid-19, ibu bapa harus memainkan peranan ke­rana guru-guru tidak dapat hadir ke rumah walaupun ingin berbuat demikian.
Jelasnya, sekiranya guru-guru melakukan kelas dalam talian, hanya sebahagian yang mengikutinya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN