KKM nasihat pusat beli-belah ditutup - Utusan Malaysia

KKM nasihat pusat beli-belah ditutup

ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebuah pusat beli-belah di Tampoi di sini dinasihatkan ditutup sementara ekoran beberapa pekerja di premis itu disahkan positif Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, jika proses sanitasi sudah dilakukan dengan serta-merta dan menyeluruh, tiada keperluan menutup premis berkenaan.

“Pihak kementerian menasihatkan pengurusan supaya pusat beli belah itu ditutup sementara bagi menjalankan proses sanitasi dan nyah cemar secara menyeluruh.

“Namun jika mereka cepat buat proses iji dengan menyeluruh, pusat beli-belah tak perlu tutup,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akaun Facebook pusat beli-belah berkenaan dibanjiri komen warganet kerana didakwa tidak berpuas hati berikutan luahan beberapa individu bekerja di situ yang disahkan positif Covid-19.

Ditanya mengenai kebimbangan orang ramai di Johor Bahru mengenai pusat beli- belah itu yang masih dibuka, beliau berkata orang ramai diminta bertenang.

“Individu yang diklasifikasi kontak rapat dan positif wabak sudah diasingkan segera.

“Yang tinggal hanya yang negatif dan tidak terdedah atau bukan kontak rapat, ” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, kluster baharu, Kluster Jalan Tampoi dikesan di Johor Bahru dan sudah menjangkiti 17 individu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya