Kerja pembaikan PPAM Melinjau guna DLP kontraktor - Utusan Malaysia

Kerja pembaikan PPAM Melinjau guna DLP kontraktor

ANNUAR Musa (tengah) meninjau PPAM Melinjau Presint 11, Putrajaya, hari ini. - UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerja-kerja pembaikan Projek Perumahan Perumahan Awam (PPAM) Melinjau, di sini akan menggunakan dana cagaran tempoh tanggungan kecacatan (DLP) kontraktor.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata,  Perbadanan Putrajaya (PPj) telah berunding dengan kontraktor pembinaan bagi tujuan itu.

Katanya,  walaupun dari segi keselamatan bangunan berkenaan selamat, tetapi ia menyakitkan pandangan. 

“Ada setengah itu, garisan sepatutnya lurus tetapi tidak dan sepatutnya dinding rata tetapi tidak.

“Ada sikit-sikit kemudahan-kemudahan seperti kerja perpaipan dan lain-lain yang tidak sempurna,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau perumahan itu, di sini hari ini.

Menurutnya, bangunan berkenaan masih selamat diduduki meskipun lebih 600 pemilik mendakwa keadaan rumah mereka tidak stabil serta bimbang dengan keselamatan mereka.

Menurut Annuar, kerja-kerja penambahbaikan sedang bermula dan kos tersebut dipotong daripada duit kontraktor yang masih dipegang oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Pihak pemaju juga memohon tempoh seminggu untuk mengemukakan kuantiti dan kos pembaikian kepada pihak PPj,” katanya.

Pada Oktober lalu, Persatuan Penduduk PPAM Melinjau meluahkan rasa bimbang apabila mendapati ada kecacatan pada struktur bangunan tersebut dan binaan yang tidak menjamin keselamatan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.