Banjir mula merebak di Kelantan - Utusan Malaysia

Banjir mula merebak di Kelantan

DUA kanak-kanak menaiki perahu meredah air banjir di Kampung Pak Hitam , Bakong Pasir Mas, Kelantan. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini menempatkan 294 mangsa susulan banjir yang mula melanda beberapa kawasan selepas hujan lebat sejak semalam.

Berdasarkan rekod aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga pukul 10 pagi ini, enam PPS dibuka di Pasir Puteh menempatkan 200 mangsa daripada 58 keluarga.

PPS tersebut ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 2, PPS SK Kamil 3, PPS Dewan Kompleks Kamil, PPS SK Changgai, PPS SK Sungai Petai dan PPS SK Wakaf Raja.

Di KOTA BHARU, PPS SK Tiong, PPS SK Melor dan PPS Islamic Outreach Abim Kok Lanas dibuka bagi menempatkan 84 mangsa daripada 17 keluarga.

Di TANAH MERAH, PPS Balai Raya Padang Kijang dibuka bagi menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh, El Taraff Mohd. Zachariah berkata, pemindahan 33 mangsa ke PPS SK Tiong bermula pukul 4.22 petang semalam.

Menurutnya, mangsa terdiri daripada tujuh keluarga terbabit tinggal di Kampung Tiong dan dipindahkan selepas kawasan rumah mereka dinaiki air sehingga sedalam 1.5 meter.

“Seramai 14 anggota BBP Pasir Tumboh dan Tunjong ditugaskan ke lokasi sebaik sahaja menerima maklumat dan pemindahan kesemua mangsa menggunakan dua bot selesai pukul 6.40 petang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Banjir Pasir Puteh, Ab. Pattah Hasbullah berkata, kebanyakan mangsa banjir di daerah itu melibatkan penduduk yang tinggal berhampiran tebing sungai.

“Pihak kami menggerakkan pasukan penyelamat ke lokasi ditenggelami air secepat mungkin bagi memindahkan kesemua mangsa sebelum paras air semakin meningkat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya