RUU peringkat jawatan kuasa JPM lulus - Utusan Malaysia

RUU peringkat jawatan kuasa JPM lulus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) diluluskan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang memaklumkan perkara tersebut berkata, ia diputuskan menerusi undian belah bahagi dengan 105 menyokong manakala 95 tidak menyokong dan 20 tidak hadir.

Undian belah bahagi dibuat selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun menyokong supaya RUU itu diputuskan menerusi kaedah terbabit.

Kekecohan sebelum itu turut berlaku sebelum itu apabila beberapa ahli parlimen pembangkang mendakwa ada ahli parlimen Perikatan Nasiona (PN) masuk ke dewan dan membuat undian walaupun tempoh masa tamat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya