Tangani Covid-19 secara berperlembagaan - Utusan Malaysia

Tangani Covid-19 secara berperlembagaan

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menangani krisis penularan Covid-19 dengan fokus, berperlembagaan dan mempergiatkan segala usaha mendidik masyarakat berasaskan sains serta data.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sesuatu yang membe­lakangkan sains, menjejaskan ekonomi dan memencilkan pe­ranan Perlembagaan Persekutuan akan meletakkan negara dan rakyat dalam situasi lebih sulit.

Katanya, apa jua tindakan menangani krisis itu mestilah memaparkan keupayaan kerajaan bertindak wajar, saintifik dan mengambil kira kepentingan awam.

“Malaysia berada dalam krisis kesihatan yang tidak pernah dihadapi dalam sejarah. Namun, itu bukan krisis kesihatan yang unik kepada Malaysia. Covid-19 adalah wabak global yang dihadapi hampir semua negara lain di dunia.

“Apa yang membezakan ialah skala kebolehjangkitan dan korban daripada wabak ini. Sehingga kini, Malaysia masih berada dalam keadaan yang jauh lebih baik berbanding kebanyakan negara lain,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohamad berkata, rakyat yang terkesan dengan krisis tersebut terus patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang diwartakan.

“Malah, rakyat Malaysia te­rus gigih berikhtiar dengan usaha daya diri mereka melalui pekerjaan dan perniagaan bagi ke­­­l­angsungan hidup. Negara tidak berada dalam kelumpuhan ekonomi, sistem kesihatan dan keselamatan awam,” katanya.

Malah beliau berkata, Malaysia berada dalam fasa pemulihan ekonomi yang fokus, dirangsang dengan pelbagai stimulus yang selari kepentingan rakyat selain sistem kesihatan yang berfungsi baik walaupun tertekan. – MINGGUAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN