Ramai yang tidak bergejala - Abdullah - Utusan Malaysia

Ramai yang tidak bergejala – Abdullah

Abdullah Abdol Razak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kebanyakan daripada pelajar Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang dekat sini tidak mempunyai sebarang gejala sebelum mereka disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Pengelola STIAS Senawang, Abdullah Abdol Razak berkata, dia dimaklumkan daripada 38 orang yang disahkan positif Covid-19 hari ini, hanya tiga orang sahaja yang mempunyai gejala seperti sesak nafas.

“Malah, tiga orang itu merupakan kakitangan sekolah yang sedikit berumur, lagi 35 orang pelajar lagi tidak mempunyai gejala.

“Semasa 33 orang yang disahkan positif kelmarin, hanya 10 orang sahaja yang kami dimaklumkan mempunyai gejala seperti tiada deria rasa dan batuk. Selebihnya pelajar-pelajar ini memang tidak bergejala,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, STIAS Senawang mencatatkan penambahan 38 lagi kes positif Covid-19 menjadikan sebanyak 99 kes positif secara keseluruhan di sekolah tersebut.

Sementara itu, Abdullah berkata, pihaknya dimaklumkan kesemua pelajar yang positif Covid-19 dan kini ditempatkan di Hospital Rembau untuk mendapatkan rawatan berada dalam keadaan baik.

“Walaupun sedang mendapatkan rawatan mereka sentiasa berdamping dengan al-Quran, masa terluang dimanfaatkan dengan membaca dan mengulang al-Quran, itu yang mereka pelajari dan itu yang kami terapkan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, masih terdapat 40 individu yang masih dikuarantin di sekolah iaitu terdiri daripada tujuh orang guru, 16 kakitangan dan 17 orang pelajar.

“Kesemua 40 orang ini mereka belum dapat keputusan lagi, mereka masih lagi mengamalkan prosedur standard operasi (SOP) masing-masing.

Kami harap ibu bapa tidak bimbang, pihak sekolah akan sentiasa berhubung dengan ibu bapa bagi memaklumkan perkembangan terkini berkenaan anak-anak mereka.

“Kebajikan anak yang masih tinggal di asrama, kami masih mempunyai guru di sana yang ada untuk jaga, di pusat kuarntin juga ada guru-guru yang turut dikuarantin di sana dan akan jaga selalu memaklumkan perkembangan terkini,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya