fbpx

27 Oktober 2020, 9:06 pm

  TERKINI

PKPB : Konsert GV7 diteruskan

Konsert GV7 diteruskan tetapi dengan norma baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Okt.- Teka teki mengenai penganjuran Gegar Vaganza (GV7) hari ini terjawab apabila program itu akan diteruskan walaupun berlangsung dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, PKPB yang berkuat kuasa bermula hari ini hingga 27 Oktober di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor tidak menjejaskan dua konsert mingguan GV7.

Bagaimanapun bagi mematuhi garis panduan dan syarat SOP pihak berkuasa, pihaknya tidak membenarkan penonton untuk hadir.

“Konsert minggu kedua pada 18 Oktober dan minggu ketiga pada 25 Oktober ini akan tetap bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) seperti biasa.

“Namun begitu, hanya krew produksi dan tenaga kerja yang berdaftar sahaja akan dibenarkan berada di lokasi untuk mengawal jumlah bilangan kehadiran pada satu-satu masa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu untuk konsert minggu keempat dan seterusnya pula pihaknya akan umumkan dari semasa ke semasa. Tambah Emarina semuanya tertakluk kepada perkembangan situasi semasa wabak Covid-19 serta kelonggaran yang diberikan oleh pihak berkuasa.

BERITA BERKAITAN