Tunggu 12 haribulan ini - Wee Ka Siong - Utusan Malaysia

Tunggu 12 haribulan ini – Wee Ka Siong

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA :  “Tunggu 12 hari bulan ini”. Itu jawapan yang diberikan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong sama ada parti itu akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti.

Menurut beliau, MCA sudah berada di Sabah sejak 29 tahun lalu menerusi 25 bahagian di negeri itu.

“Itu kita akan bincang (sama ada MCA letak calon atau tidak). Percaturan politik tidak boleh umum awal-awal.

“Kalau ditakdirkan 12 September ini penamaan, calon kita akan pergi sama-sama ke Sabah dan kuatkan kerajaan yang memerintah Perikatan Nasional (PN),” katanya ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan Penggredan Institut Memandu di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, MCA akan bekerjasama atas satu hasrat iaitu membantu Sabah ke arah kemakmuran.

Beliauenggan mengulas lanjut desas-desus MCA berhasrat untuk meletakkan calon di DUN Luyang dan Kepayang seperti yang dilakukan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Sebanyak 73 kerusi DUN Sabah akan dipertandingkan dalam PRN kali ini, berbanding 60 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14, setelah Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah, Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 26 September ini sebagai tarikh PRN Sabah dan 12 September sebagai hari penamaan calon, manakala hari mengundi awal pada 22 September. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya