Berang ditegur, cucu ugut bunuh datuk - Utusan Malaysia

Berang ditegur, cucu ugut bunuh datuk

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Seorang lelaki warga emas berusia 76 tahun berdepan detik cemas selepas diugut bunuh oleh cucunya dengan diacukan sebilah pisau di sebuah rumah di Pokok Sena, di sini pagi tadi.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi tadi apabila suspek berusia 20-an berang selepas ditegur datuknya kerana menyewakan bilik rumah mereka kepada seorang lelaki dipercayai untuk kegiatan menghisap dadah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pergaduhan itu bagaimanapun dileraikan seorang anak mangsa sebelum suspek melarikan diri ketika pegawai polis tiba di rumahnya.

“Siasatan mendapati kejadian itu kali kedua berlaku antara mangsa dan cucunya itu.

“Kita sedang giat memburu suspek dan meminta orang ramai menghubungi polis sekiranya mempunyai maklumat berkenaan kes ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya