Warga emas maut dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Warga emas maut dalam kebakaran

Keadaan bahagian dapur rumah Kamariah Derauh yang terbakar dalam kejadian di Kampung Nerambai, Lubok China, Rembau, Negeri Sembilan, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang warga emas maut selepas bahagian dapur rumahnya terbakar dalam kejadian di Kampung Nerambai, Lubok China, dekat sini, pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.00 pagi itu, mangsa, pesara kerajaan, Kamariah Derauh, 92, atau lebih dikenali sebagai Bidan Kamariah ditemui terbaring tidak sedarkan diri di dapur rumah berkenaan oleh anak saudaranya.

Anak saudaranya itu, Yusri Nizam Yusuf, 42, berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja di kebun kelapa sawit yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mangsa.

“Ada jiran panggil saya bagitahu ada kebakaran di rumah mak saudara saya.  Saya terus pergi ke rumah berkenaan tetapi rumah berkunci. Kami segera memadamkan kebakaran menggunakan air dari pili di luar rumah.

“Sebaik api padam, saya terus pecahkan pintu di bahagian dapur dan setelah itu barulah saya menemui mak saudara saya yang sudah terbaring di bahagian dapur,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dekat sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa dijaga oleh seorang pembantu rumah iaitu perempuan Melayu berusia 51 tahun.

“Semasa kejadian pembantu rumah tersebut telah keluar membeli makanan di pekan Lubok China.

“Pihak polis menjalankan siasatan secara menyeluruh dari pelbagai aspek dan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya. 

Anuar berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tampun bagi proses bedah siasat.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fuad Majid berkata, kebakaran berkenaan membabitkan bahagian dapur rumah dan dianggarkan kebakaran sekitar 10 peratus dan api telah dipadamkan oleh orang awam sebaik bomba tiba di lokasi kejadian

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya