Lelaki didakwa bunuh pensyarah - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa bunuh pensyarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Sepang di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pensyarah sebuah universiti awam di satu lokasi berdekatan tasik di Cyberjaya, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Hairil Izzuan A. Samad, 41, mengangguk tanda faham setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman.

Namun, tiada pengakuan direkodkan dan pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Faraheen Yahya.

Mengikut fakta pertuduhan, Mohd. Hairil Izzuan didakwa membunuh Maizatulnisa Othman, 40, yang juga isterinya di Tasik Cyber Valley Park Jalan Persiaran Sepang, Cyberjaya antara pukul 11 pagi pada 29 Julai hingga pukul 1.04 pagi 30 Julai lalu.

Terdahulu, sebelum mahkamah bersidang, tertuduh yang memakai pakaian serba hitam menangis teresak-esak ketika di kandang tertuduh.

Selepas fakta pertuduhan dibacakan di hadapannya, tertuduh turut meminta tempoh bagi melantik peguam mewakilinya.

Majistret bagaimanapun memerintahkan supaya tiada jaminan diberikan kepada tertuduh.

Mahkamah menetapkan 14 September ini untuk sebutan kes berkenaan.

Tiada ahli keluarga tertuduh yang hadir ketika pendakwaan dilakukan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya