Beri pelitup muka percuma - Utusan Malaysia

Beri pelitup muka percuma

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka melancarkan Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Kompleks Sukan Pagoh hari ini. – UTUSAN/NUR ALINA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAGOH: Rata-rata penduduk luar bandar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 meskipun mereka tidak berkemampuan membeli pelitup muka setiap masa.

Penghulu Mukim Jorak, Mohd. Ishak Khalil berkata, terdapat penduduk kampung mengambil inisiatif membuat pelitup muka menggunakan kain perca semata-mata untuk mengikuti arahan kerajaan.

“Mereka juga melihat kompaun RM1,000 sebagai satu jumlah membebankan, daripada kena bayar denda adalah lebih baik patuh saja kepada SOP.

“Oleh itu, kita boleh melihat penduduk luar bandar amat patuh kepada SOP bagi mengekang penularan Covid-19 walaupun mereka melihat ia sebagai di luar kebiasaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Sari Baru, Rahmat Moha­mad mengesa kerajaan memberi pelitup muka secara percuma kepada penduduk luar bandar yang berpendapatan rendah.

Katanya, kebanyakan mereka bekerja sebagai penoreh getah, petani dan nelayan yang berpendapatan harian.

“Misalnya, pendapatan penoreh getah adalah RM10 sehari, duit itulah digunakan untuk ma­­­kan minum. Kalau nak beli pelitup muka, memang tidak cukup.

“Bayangkan kalau ada lima anak bersekolah, sudah tentu amat membebankan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Selancar, Sopian Waiso berkata, pemimpin setempat seperti penghulu dan ketua kampung perlu memainkan peranan memastikan ahli masyarakat bebas Covid-19.

“Ini bertepatan konsep ‘kita jaga kita’ iaitu tidak boleh mengharapkan polis sahaja untuk memantau, kita sendiri kena laksanakan tanggungjawab.

“Yang penting kita perlu pastikan masyarakat sekeli­ling mengamalkan pemakaian pelitup hidung dan mulut di tempat awam, kerap cuci tangan dan menjaga penjarakan fizikal sama ada di

masjid, balai raya dan warung kopi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya