Lelaki buka kawat berduri untuk masuk Malaysia selepas bercuti dari Thailand ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki buka kawat berduri untuk masuk Malaysia selepas bercuti dari Thailand ditahan

SUSPEK yang masuk ke Malaysia dengan memotong kawat berduri di pangkalan haram Azizah, Rantau Panjang, Kelantan ditahan anggota PGA semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Tindakan seorang lelaki membuka membuka kawat berduri untuk memasuki Malaysia melalui pangkalan haram Azizah di sini selepas bercuti dari Thailand membawa padah apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA), malam tadi.

Lelaki berusia 56 tahun dari Jerteh, Terengganu itu ditahan pada pukul 6.50 petang selepas PGA mengesan perbuatan tersebut.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, semasa melalukan rondaan rutin anggota bertugas mengesan kelibat seorang lelaki menaiki perahu dari arah Thailand menghampiri tebing sungai pangkalan haram tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, lelaki berkenaan dilihat membuka kawat berduri sebelum memasuki Malaysia.

“Bagaimanapun, pengemudi pemandu perahu bertindak melarikan diri sejurus menyedari kehadiran polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, serbuan kedua di pangkalan haram Pok Su Rani, pihaknya telah menahan seorang lelaki dari Kota Bharu selepas memasuki Malaysia menggunakan laluan tidak sah.

Katanya, lelaki berkenaan memaklumkan dia ke negara itu untuk melawat ahli keluarga yang sakit.

“Kedua-dua lelaki itu diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah IPD Pasir Mas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini