Seorang cedera, kereta dihempap pokok tumbang - Utusan Malaysia

Seorang cedera, kereta dihempap pokok tumbang

KENDERAAN dinaiki tiga beranak dihempap pokok tumbang berhampiran Taman England, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan.-Ihsan Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki berusia 30-an mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan yang dipandunya tiba-tiba dihempap pokok tumbang berhampiran Taman England, Sikamat, dekat sini, petang semalam.

Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 2.19 petang.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohamad Idris, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.24 petang, didapati sebuah kereta jenis Proton Saga FLX telah dihempap sebatang pokok tumbang dan mengenai bahagian hadapan kereta berkenaan.

“Terdapat tiga mangsa di dalam kereta. Pemandu mengalami kecederaan ringan sementara dua anaknya iaitu lelaki dan perempuan berusia lingkungan 10 hingga 12 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Bomba telah melakukan kerja-kerja memotong pokok di bantu kakitangan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bagi membolehkan kenderaan lain melalui kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya