Pasangan kekasih ditahan edar dadah - Utusan Malaysia

Pasangan kekasih ditahan edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR:  Sepasang kekasih yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Kelasi, Kuala Kedah di sini kelmarin.

Pasangan kekasih berusia 34 dan 29 tahun yang sedang berehat terkejut apabila rumah sewa mereka diserbu polis pada pukul 2.30 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, pemeriksaan menemui sejumlah dadah termasuk beberapa paket dadah jenis syabu dengan anggaran berat hampir sekilogram.

“Kita juga menemui sembilan keping bungkusan timah mengandungi 10 biji pil eramin 5,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, ujian saringan awal air kencing mendapati pasangan itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek lelaki asal dari Sarawak dan tidak bekerja itu mempunyai tiga rekod kes dadah dan lima kes jenayah manakala suspek wanita memiliki tiga rekod kes dadah,” ujarnya.

Katanya, polis  turut merampas dua motosikal dan wang tunai  RM2,225 untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, pasangan kekasih itu direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya