Op Benteng tahan 14 PATI, 5 bot  - Utusan Malaysia

Op Benteng tahan 14 PATI, 5 bot 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Perak menahan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) bersama lima bot nelayan tempatan disyaki melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen dalam tempoh empat hari bermula 22  hingga 25 Julai lalu. 

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, sebuah bot nelayan tempatan Kelas C ditahan kapal Maritim Nyalau di kedudukan kira-kira 3.1 batu nautika barat Pulau Jarak pada pukul 6.30 petang 22 Julai.  

Sebuah bot nelayan tempatan Kelas B (Pukat Tunda) pula ditahan kapal Maritim Malawali lebih kurang pada kedudukan 0.9 batu nautika barat daya Pulau Jarak pada pagi Sabtu lalu.

Pada hari sama, pada pukul 11.12 malam menerusi maklumat yang diterima dari ‘National Task Force’, Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menahan tiga  bot nelayan kelas A kerana disyaki melakukan aktiviti penangkapan ikan tanpa permit di kawasan Sungai Tiang di Bagan Datuk.

“Setelah diperiksa kelima–lima bot tersebut didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1986 dan Akta Imigresen 1959/63. Kesemua kru ditahan terdiri daripada warganegara asing iaitu seorang Thailand, tujuh Myanmar dan enam Indonesia yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. 

“Bot bersama tekong dan awak-awak diiring masuk ke Pusat Tahanan Vessel (PTV) Kampung Bharu Lumut, bagi siasatan lanjut ,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Shahrizan mengingatkan khususnya pengusaha bot pukat tunda tempatan supaya mematuhi sistem pengezonan kawasan penangkapan ikan yang telah ditetapkan dalam syarat lesen vesel.

Menurunya, pihaknya menerima aduan nelayan-nelayan tradisional yang menyatakan kegiatan tersebut telah menjejaskan hasil pendapatan mereka serta ekosistem perikanan di negeri Perak. 

“Maritim Malaysia akan terus meningkatkan pemantauan dan memperkukuh sempadan perairan negara khususnya melalui Op Benteng Laut dalam mengekang kemasukan PATI dan jenayah rentas sempadan,” katanya. 

Beliau berkata, orang awam dan komuniti maritim diminta bertanggungjawab dan bekerjasama membanteras aktiviti jenayah, kemasukan PATI dengan menyalurkan maklumat yang membabitkan tekong, ejen serta tali barut ke talian NTF 011- 6251 1123 atau talian Pusat Operasi Maritim Negeri Perak 05-6838737.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya