Najib bersalah atas tujuh pertuduhan - Utusan Malaysia

Najib bersalah atas tujuh pertuduhan

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan demikian selepas mendapati Najib gagal menimbulkan keraguan munasabah atas pertuduhan yang dihadapinya.

Pada ketika ini, pihak pembelaan sedang cuba mendapatkan penangguhan bagi membolehkan mereka menyediakan rayuan terhadap hukuman yang bakal dikenakan.

Najib merupakan bekas Perdana Menteri pertama yang didakwa di mahkamah di negara boleh dihukum penjara antara dua hingga 20 tahun dan juga boleh didenda jutaan ringgit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.