Geng The Mask Man tumpas - Utusan Malaysia

Geng The Mask Man tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Identiti kumpulan The Mask Man yang menggunakan topeng “Vendetta” untuk melakukan kegiatan samun sejak tahun lalu terbongkar apabila enam ahlinya ditahan dalam serbuan berasingan Isnin lalu.

Kesemua individu berusia 27 hingga 31 tahun itu ditahan di sekitar Puchong, Klang, Selayang dan Shah Alam dalam tempoh 24 jam bermula pukul 8.30 malam.

 Kumpulan samun bertopeng ini dipercayai terlibat dengan 50 kes di Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur dianggarkan bernilai lebih RM1.5 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, satu pasukan khas ditubuhkan bagi mengesan ahli kumpulan terbabit dan berjaya menahan seorang lelaki di kawasan Pusat Bandar Puchong, dekat sini.

“Hasil siasatan telah membawa kepada penahanan lima lagi ahli kumpulan ini menerusi beberapa siri tangkapan.

“Modus operandi kumpulan ini adalah menyasarkan rumah yang tidak ditutup. Suspek akan memanjat pagar dan memasuki rumah tersebut dengan memakai topeng serta mengacukan pistol atau parang kepada mangsa.

“Malah, kumpulan ini juga bertindak mencederakan mangsa ketika melakukan samun sekiranya mangsa melawan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fadzil berkata, siasatan pihaknya juga mendapati kesemua suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan pelbagai kesalahan.

“Kita turut menemukan sepucuk pistol jenis Taurus, 16 peluru hidup bersaiz sembilan milimeter serta beberapa senjata tajam seperti parang, sarung tangan dan pita pelekat.

“Turut dirampas sembilan buah kenderaan pelbagai jenis antaranya Honda CRV, Toyota Camry, Altis dan Perodua Myvi yang mana salah satunya dilaporkan hilang di Klang.

“Dengan tertangkapnya kesemua suspek, kita berjaya menyelesaikan 40 kes di Selangor, Kuala Lumpur (6) dan Negeri Sembilan (2),” ujarnya.

Tambahnya, kesemua suspek kini ditahan reman selama dua hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya