Pantau aktiviti guna logo KPM - Utusan Malaysia

Pantau aktiviti guna logo KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan digesa untuk memantau semua aktiviti yang dijalankan pihak penganjur program bagi mengelakkan insiden penggunaan logo tanpa kebenaran berlaku secara berleluasa.

Presiden Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan berkata, hal itu sejajar dengan operasi standard prosedur (SOP) yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2009 dan Bil 7/1988.

“Kita bimbang apabila ada program yang tidak mengikut SOP pemakaian yang telah ditetapkan. Kementerian perlu melihat usaha membangunkan kecemerlangan murid seiring dengan pembentukan sahsiah dan nilai-nilai murni berpaksikan budaya Timur yang menjaga adab serta kesopanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kementerian perlu menekankan aspek kerohanian dan memperkasakan nilai agama di peringkat sekolah rendah lagi bagi memastikan generasi pelajar memiliki jati diri yang kuat seperti termaktub dalam prinsip Rukun Negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Azizee berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan atas maklum balas berhubung isu penggunaan logo tanpa kebenaran oleh penganjur pertandingan Perak MUDA Medalist Dancesport Competitions 2019 dan 7th Perak Show Dance Champonships 2019.

Katanya, hal itu bertentangan dengan usaha kerajaan untuk membangunkan peradaban bangsa cemerlang di peringkat sekolah rendah melalui wadah pendidikan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini