Nilai imbuhan julang Piala FA tetap jadi rahsia - Utusan Malaysia

Nilai imbuhan julang Piala FA tetap jadi rahsia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah tetap dengan pendirian untuk merahsiakan nilai imbuhan yang akan diberikan kepada skuad Helang Merah selepas menjulang trofi dalam kempen Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya akan berurusan dengan pasukan berhubung nilai imbuhan itu dalam masa terdekat.

“Nilai imbuhan sudah ada, cuma sekarang kita akan berurusan dengan pemain dan pihak pengurusan sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita jangka imbuhan tersebut akan diagihkan dalam tempoh seminggu ini,” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Piala FA di Dataran Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Terdahulu, pasukan Kedah bersama Piala FA diarak menggunakan bas dua tingkat di sekitar bandar raya Alor Setar sejauh kira-kira tujuh kilometer sebelum disambut Mukhriz di Dataran Wisma Darul Aman.

Kata beliau, pihaknya hanya akan memaklumkan nilai imbuhan itu terus kepada pasukan.

“Saya ingat pemain juga secara peribadi tidak suka nilai imbuhan yang dia dapat diumumkan kepada orang ramai,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada kantung Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengalami masalah, beliau yang juga Presiden KFA mengakui perkara tersebut.

“Kantung kita sentiasa tidak pernah cukup tetapi kita ada dapat (dana) juga daripada penaja terutama apabila Kedah menang,” ujarnya.

Mukhriz pada masa sama berkata, tumpuan pasukan selepas ini semestinya kepada Piala Malaysia.

Selain itu, kata beliau, Kedah juga perlu bersiap sedia untuk bersaing dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

“Ia merupakan cabaran besar kerana kita tidak mahu sekadar digelar jaguh kampung.

“Kita perlu menunjukkan prestasi hebat di peringkat perlawanan yang lebih tinggi,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini