Nafi larangan menjalankan ibadah korban di Johor - Utusan Malaysia

Nafi larangan menjalankan ibadah korban di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 29 Julai – Larangan menjalankan ibadah korban di masjid dan surau di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial beberapa hari lalu adalah tidak benar sama sekali.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, pelaksanaan ibadah korban itu dibenarkan di masjid dan surau di negeri ini namun harus mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam Pekeliling Tempat Penyembelihan dan Pengurusan Haiwan Korban di negeri Johor.

Katanya, bagi yang ada pusat penyembelihan dan pengurusan haiwan korban khas seperti di 39 buah masjid dan 17 buah surau di bandar raya ini, mereka dibenarkan melaksanakan ibadah korban secara gotong-royong di masjid dan surau berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi masjid dan surau yang tidak mempunyai tempat penyembelihan dan pengurusan haiwan yang khusus, hendaklah mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan dengan keutamaan menjaga kebersihan dan keselesaan jemaah.

“Tempat penyembelihan mestilah berlantai simen, berpagar besi atau tempat menambat, mempunyai lubang aliran sisa cecair, sistem saliran yang baik, lubang penangkis sisa pepejal dan paip air,” katanya dalamsidang akhbar di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Md. Rofiki Shamsudin.

Tosrin berkata, bagi kerja melapah, kawasan tersebut mestilah berbumbung dan tertutup, berasingan dengan tapak penyembelihan, berlantai dan mempunyai tempat gantung yang sesuai agar haiwan korban itu tidak mencecah ke lantai ketika proses melapah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini