Muafakat kunci kekuatan, positif atas satu matlamat - Zahid - Utusan Malaysia

Muafakat kunci kekuatan, positif atas satu matlamat – Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Julai – Muafakat menjadi kunci kekuatan kepada UMNO.

Itu penegasan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berikutan pertemuan beliau dengan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan pagi tadi.

Ahmad Zahid yang berkongsi empat keping gambar pertemuan kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO itu di Facebook beliau berkata, kedua-dua mereka positif atas satu matlamat dan satu perjuangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Kami bertemu pagi ini. Muafakat kunci kekuatan, kami positif atas satu matlamat satu perjuangan.

“Doakan kami diberikan kekuatan, ketabahan, kecekalan, serta dipermudahkan segala urusan kami dalam perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara,” kata Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid dan Mohamad berpeluk dalam pertemuan pagi tadi.-Foto FB Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid dan Mohamad berpeluk dalam pertemuan pagi tadi.-Foto FB Zahid Hamidi. 

Ahmad Zahid semalam mengumumkan untuk kembali menerajui UMNO selepas bercuti daripada jawatan Presiden UMNO sejak 18 Disember lalu. Sepanjang bercuti, tugas beliau dipangku oleh Mohamad.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini