KUALA LUMPUR – Sebanyak 800 kakitangan hadir memeriahkan sambutan Ulang Tahun Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Ke-27 yang diadakan di Galeri MPAJ pada pukul 7.45 pagi tadi ini.
Majlis yang diadakan bersama bacaan yasin dan tahlil kesyukuran itu dihadiri Yang Dipertua (YDP) MPAJ, Datuk Abd. Hamid Hussain, Timbalan YDP, Hasrolnizam Shaari, ahli-ahli majlis, pengarah jabatan dan kakitangan MPAJ.
Abd. Hamid berkata, beliau berharap MPAJ akan terus memberi perkhidmatan terbaik dan cemerlang.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Terima kasih kepada semua yang menjalankan tugas, amanah dan tanggungjawab dengan baik, sempurna serta berintegriti,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN ONLINE











