Liverpool bukan lawan mudah - Klopp - Utusan Malaysia

Liverpool bukan lawan mudah – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EDINBURGH – Jurgen Klopp mengakui kebanyakan pasukan Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan perlawanan Liverpool di Scotland akan merasakan mereka bakal berdepan laluan mudah musim hadapan.

Bagaimanapun, pengendali The Reds itu mengingatkan pencabar mereka bahawa pasukan itu akan berubah menjadi ‘raksasa’ sebaik kempen sebenar bermula walaupun mereka tewas 0-3 dalam aksi persahabatan kepada Napoli.

Pasukan Itali itu beraksi cemerlang menerusi jaringan Lorenzo Insigne yang kemudiannya mencipta dua lagi bantuan jaringan untuk disempurnakan Arek Milik dan Amin Younes.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang kami akan berjuang bermula dari awal musim dengan 100 peratus kemampuan yang kami ada.

“Perkara baik sekarang ini ialah, mereka sedang menganalisa permainan kami dan mungkin kami adalah ‘terlalu mudah’ tetapi semuanya akan berubah minggu hadapan.

“Kami melepaskan dua gol mudah dan setiap bola yang hilang digunakan sebaik mungkin oleh lawan untuk serangan balas.

“Kami perlu perbaiki semua keadaan menjadi lebih baik,” katanya yang masih belum mahu menekan butang panik.

Klopp percaya jadual latihan yang padan serta aksi pra musim selama tiga minggu membuatkan pemain kepenatan untuk bertemu Napoli.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini