Lima pilihan skarf NUR by ARJANA - Utusan Malaysia

Lima pilihan skarf NUR by ARJANA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WALAUPUN Syawal bakal menghilang tidak lama lagi, namun permintaan wanita terhadap tudung tetap ada. Ini kerana tudung yang cantik bukan sahaja layak digayakan pada hari raya, malah boleh dikenakan ke pejabat atau majlis-majlis tertentu.

Justeru, tidak hairanlah rekaan tudung baharu muncul silih berganti, seperti tidak ada kesudahannya. Memandangkan wanita hari ini menitikberatkan rekaan terbaharu yang eksklusif, NUR by ARJANA berusaha memenuhi kehendak gaya hidup wanita moden dengan menampilkan tudung terbaharu.

Pengasas Blancheur, Arjana, Haslinda Abdul Rahim berkata, NUR by ARJANA kini hadir dengan skarf NUR by ARJANA yang terdiri daripada lima pilihan menarik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, lima pilihan itu ialah Skarf-instant Designer NUR Snap-On, NUR Demi-Shawl, NUR Aisyah, NUR Khimar dan NUR Royalist.

“Kelima-lima rekaan ini didedikasikan buat peminat skarf instant yang mengambil masa kurang lima minit untuk bersiap dengan stail hijab sempurna.

“Diperbuat daripada material heavy chiffon, koleksi ini mudah dipakai dengan mempraktis langkah-langkah mudah ketika bersiap. Hanya sarungkan dan tarik sedikit bahagian kain serta pin di bahagian bahu dan anda sudah siap bersedia.

“Harga bermula daripada RM79.90 sehingga RM89.90. Helaian kesukaan peminat ARJANA terdiri daripada koleksi Telekung Mini ARJANA yang kembali dengan sentuhan indah NUR. Khimar multi-gaya ini didatangkan dengan zip di bahagian tengah.

“Terdapat dalam empat warna pilihan iaitu Pitch Black, White, Grey dan Lilac. Ia sesuai untuk kegunaan harian, umrah dan tentunya merupakan helaian ‘sedia ke masjid’ yang boleh didapati secara eksklusif daripada ARJANA,” katanya dalam kenyataan.

Peminat ARJANA by Blancheur boleh mendapatkan koleksi ini secara atas talian di www.blancheur.co. NUR by ARJANA juga boleh didapati di BLANCHEUR Bangsar, Paras 2 ISetan Suria KLCC, Paras 1 SOGO Kuala Lumpur dan Paras 1 SOGO i-City Central Shah Alam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini