Jangan lupa tunai manifesto - Ikatan - Utusan Malaysia

Jangan lupa tunai manifesto – Ikatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Jangan sesekali terlupa untuk menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kepada generasi muda, walaupun terdapat banyak idea untuk golongan berkenaan dilaungkan kerajaan sejak kebelakangan ini.

Terbaharu, langkah Kementerian Belia dan Sukan melalui Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memperkenalkan semula pembayaran elaun kepada pelatih (intern) yang berkhidmat di bawah kerajaan.

Ketua Dewan Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Shahir Adnan berkata, pihaknya menyambut baik langkah tersebut namun lebih mustahak Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji-janji manifesto antaranya pendidikan percuma dan pelaksanaan gaji minimum.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Persoalannya sekarang, manakah yang lebih penting, elaun pelatih atau janji manisfesto PH kepada anak muda?

“Dewan Pemuda Ikatan melihat semakin banyak lontaran idea baru daripada menteri, semakin terpinggir manisfesto yang diperjuangkan untuk anak muda (kononnya). Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran!” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Shahir, beberapa kos perlu diteliti secara terperinci bagi melaksanakan pembayaran elaun kepada pelatih (intern) yang berkhidmat di sektor awam.

Kata beliau, antara aspek utama adalah kos pengangkutan, penginapan, perbelanjaan harian dan lokasi latihan.

“Gesaan juga dibuat kepada kerajaan untuk mewajibkan elaun diberikan kepada pelajar yang terlibat dalam intership di syarikat-syarikat swasta,” katanya.

Pada 24 Julai lalu, Syed Saddiq mengumumkan Kabinet bersetuju memperkenalkan semula pembayaran elaun kepada pelatih yang berkhidmat di bawah kerajaan.

Katanya, kewajipan membayar elaun itu akan merujuk kepada pekeliling yang akan dilaksanakan di setiap kementerian dan agensi kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini