Curi Musang King: Pekerja bazar malam dipenjara sehari, denda RM1,000 - Utusan Malaysia

Curi Musang King: Pekerja bazar malam dipenjara sehari, denda RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 1 Julai – Tindakan pekerja bazar malam atau uptown mencuri durian Musang King membawa padah apabila dia dijatuhkan hukuman penjara sehari selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Rini Triany Muhamad Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Luqman Hakim Yusof, 24, dan memerintah lelaki terbabit membayar denda RM1,000 selepas dia mengaku bersalah di mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Luqman Hakim didakwa mencuri lima paket durian Musang King kepunyaan Pasaraya Aeon bernilai RM400.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di premis pasaraya itu di Seksyen 13, di sini kira-kira pukul 6 petang, 1 Jun lalu.

Pendakwaaan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azamuddin Abdul Rahman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dan berbentuk pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, Salahuddin Salam yang mewakili Luqman Hakim memohon supaya hukuman ringan dijatuhkan terhadap anak guamnya dengan alasan tertuduh telah menyesal terhadap perbuatan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini