RIYADH 29 Julai – Arab Saudi bersedia bagi pengkebumian abang sulung Raja Salman yang meninggal dunia pada usia 96 tahun. Saudi Press Agency melaporkan, kenyataan Diraja Arab Saudi semalam berkata, Putera Bandar bin Abdulaziz al-Saud telah meninggal dunia. “Solat jenazah akan dibuat pada Isnin di Masjidil Haram, Mekah,” jelas kenyataan itu. – AFP










