MPV melawan arus sedang jalankan tugas - Polis Johor - Utusan Malaysia

MPV melawan arus sedang jalankan tugas – Polis Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis negeri ini memaklumkan video tular menunjukkan sebuah kenderaan peronda polis yang melawan arus di KM23 Lebuhraya Linkedua arah timur (Plaza Tol Perling) semalam sedang menjalankan penugasan rondaan mencegah kemalangan.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Kamarudin Md. Din berkata, semasa mereka berada berhampiran Plaza Tol Perling pada pukul 2.30 pagi, beberapa pengguna jalan raya memberitahu ada kemalangan berlaku tidak jauh daripada anggota polis itu berada.

“Bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya lain, mereka berpatah balik ke lokasi kemalangan bagi membantu mangsa memandangkan lokasi kejadian hanya diterangi lampu jalan dan jarak dari Plaza Tol Perling lebih 1.5 kilometer.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua langkah keselamatan telah diambil seperti memasang lampu ‘beacon light’, siren dan menggunakan lorong kecemasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, tindakan segera berpatah balik terpaksa diambil kerana jumlah pengguna jalan raya pada waktu itu tidak sesak selain selamat untuk tindakan awal dan berdekatan dengan kedudukan akhir kereta peronda bagi bantuan keselamatan.

Tambahnya, kedua-dua anggota terlibat juga telah mengawal penyuraian lalu lintas di lokasi kemalangan dengan memperlahankan kenderaan selain membantu mangsa sementara menunggu pasukan paramedik tiba. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini