[VIDEO] Aidilfitri: Bekalan barangan keperluan dijamin mencukupi - Utusan Malaysia

[VIDEO] Aidilfitri: Bekalan barangan keperluan dijamin mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberi jaminan bekalan bagi 20 jenis barangan keperluan menjelang Hari Raya Aidilfitri mencukupi.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, berhubung perkara itu, pihaknya akan memperkenalkan skim kawalan harga bagi barangan keperluan berkenaan seperti mana yang telah dilaksanakan tahun-tahun terdahulu.

Bagaimanapun, pada tahun ini, kata Saifuddin, pihaknya akan menambah lima lagi jenis barangan dalam skim kawalan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini dah seminggu Ramadan. Ya, bekalan sepanjang musim Ramadan dan menjelang perayaan mencukupi. Perayaan kali ini bertindih. Kita akan mula dengan Aidilfitri diikuti dengan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Berturut-turut.

“Isu bekalan ini sangat penting, dan saya dimaklumkan bahawa kesemua bekalan barangan mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran inisiatif swasta menangani inflasi di pekarangan Hotel Unicorn di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Country Heights Holdings Bhd., Tan Sri Lee Kim Yew.

Pada majlis berkenaan, Saifuddin turut mengedarkan 50,000 keping roti canai secara percuma kepada pengguna jalan raya dan lapan buah rumah anak yatim sekitar Lembah Klang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini