KIRA-KIRA 20 tahun lalu, kalau tidak bertanya, kita akan sesat jalan. Paling senang untuk jadi rujukan bertanya jalan ialah cari posmen atau polis. Tetapi selepas adanya Google Map atau Waze, tiada lagi masalah sesat jalan. Google Map atau Waze akan menjadi ‘petunjuk’ jalan. Mudah, tepat dan cepat sampai.
Aplikasi Waze mula dibangunkan pada tahun 2006 di Israel oleh seorang pengatur cara bernama Ehud Shabtai. Pada peringkat awal, projek tersebut dikenali sebagai FreeMap Israel. Dua tahun kemudian, syarikat Waze ditubuhkan untuk melebarluaskan projek tersebut sehingga ia mula dilancarkan secara rasmi pada tahun 2009 dan diperluaskan ke pasaran antarabangsa.
Empat tahun kemudian, Google LLC mengambil alih dan mengendalikan aplikasi Waze, inovasi Israel ini di bawah syarikat Waze Mobile Ltd.
Sejak penubuhannya sehingga kini, secara global, aplikasi Waze mempunyai kira-kira 180 juta pengguna aktif setiap bulan. Melalui laporan Reuters, Kesatuan Eropah merekodkan 50.5 juta purata pengguna bulanan bagi tempoh Julai hingga Disember 2024.
Tetapi pada tahun 2025, berdasarkan laporan World Population Review, sebanyak 17.7 juta orang dari 176 negara direkodkan menggunakan aplikasi Waze setiap bulan. Amerika Syarikat mencatat jumlah pengguna aplikasi Waze paling tinggi dengan jumlah 4.1 juta pengguna, diikuti Turkiye (1.8 juta), Indonesia (1 juta), Mexico (952,800) dan Malaysia ditangga kelima dengan jumlah 912,300 pengguna.
Dalam senarai 172 negara yang menggunakan aplikasi Waze, hanya lima negara paling sedikit penggunanya iaitu Dominica dan Guernsey (masing-masing 2 pengguna); sementara Solomon Islands, Micronesia dan Tonga (masing-masing 1 pengguna). Manakala dua negara yang langsung tidak tercatat dalam senarai pengguna aplikasi Waze ialah China dan Korea Utara.
Daripada 17.7 juta pengguna aplikasi Waze, syarikat keselamatan siber, ClearPhish dalam laporannya mencatatkan sebanyak 7,687,248 pengguna yang melayari aplikasi Waze dengan data-data peribadi mereka seperti nama pengguna, pengecam unik (ID), data lokasi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) dan sejarah perjalanan telah digunakan penjenayah siber dengan mengiklan dan menjualkannya di pasaran web gelap (dark web).
Lebih 7.6 juta pengguna bukan jumlah yang kecil terutama di negara kita Malaysia. Lebih membimbangkan tindakan sindiket (penjenayah siber) ini mampu mengancam keselamatan bukan sahaja pengguna, malah lebih penting adalah aset-aset utama negara terutama aset-aset pertahanan (ketenteraan). Justeru, tindakan kerajaan melarang semua penjawat awam menggunakan aplikasi Waze demi menjaga kepentingan negara amat disokong.
Sebagai pengganti Waze, penjawat awam disaran menggunakan aplikasi TuJu. Aplikasi ini ternyata masih banyak kekurangan walaupun dikatakan seramai 700,000 orang sudah mendaftar. TuJu kini berdepan isu dan kritikan antaranya arahan perjalanan, kelewatan respons dan kesukaran mengendalikan aplikasi itu. Oleh itu, TuJu harus dinaiktaraf segera biar setanding, malah lebih baik dari Waze.
Imran Mohamad Nor, Pengarang Berita Utusan Malaysia
Segera naik taraf TuJu setanding Waze

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved