Tiada permintaan rasmi ubah status laporan 13 Mei - Utusan Malaysia

Tiada permintaan rasmi ubah status laporan 13 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan belum menerima sebarang permintaan rasmi untuk mengubah status laporan mengenai peristiwa 13 Mei 1969, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian, mengulas kenyataan Pengarah Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang juga seorang penulis, Kua Kia Soong pada Ahad, meminta kerajaan Pakatan Harapan untuk mengubah status laporan peristiwa 13 Mei.

“Mungkin ia hanya pandangan sesetengah pihak. Namun apa yang penting, ia merupakan perkara yang telah berlaku, kita kini melihat kepada keadaan sekarang ini dan juga masa hadapan,” kata Muhyiddin di sidang akhbar di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Muhyiddin berkata, PH telah berjanji untuk berlaku adil dan menguruskan apa juga isu secara sama rata, mengutamakan kepentingan ramai, tidak diskriminasi, memastikan negara sentiasa aman dan harmoni dan juga menentang sebarang diskriminasi terhadap bangsa dan agama.

Lebih penting lagi katanya, adalah untuk rakyat Malaysia belajar dari sejarah dan memastikan Malaysia tidak akan menghadapi masalah yang sama di masa hadapan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini