Tarik semula kebenaran latihan untuk SMPC - Utusan Malaysia

Tarik semula kebenaran latihan untuk SMPC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei – Kenyataan Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran membenarkan pelajar sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) menjalani latihan teknikal dan vokasional di bawah kementeriannya jelas membelakangi aspirasi kerajaan memperkasakan aliran pendidikan kebangsaan.

Pengerusi Keilmuan Nasional, Zambri Mohd. Isa berkata, keputusan itu juga bertentangan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Sehubungan itu katanya, keputusan berkenaan disifatkan tidak wajar sama sekali dan perlu ditarik semula bagi mengelakkan kecelaruan terhadap sistem pendidikan sehingga menyebabkan aliran pendidikan tidak lagi relevan pada rakyat Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keputusan tersebut secara tidak langsung menggalakkan rakyat untuk tidak mengikuti aliran pendidikan kebangsaan dan mengenepikan warganegara Malaysia yang menghormati dan mengikuti aliran pendidikan kebangsaan.

“Beliau (Kulasegaran) tidak sewajarnya memberi kelulusan tersebut memandangkan sekolah persendirian Cina ini sejak dari awal penubuhan lagi enggan dan tidak mahu mengikuti aliran pendidikan kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Kulasegaran yang memberi peluang kepada pelajar aliran teknikal dan vokasional di SMPC mengikuti program latihan di 32 Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Habis//

“




Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini