Skuad Prihatin bakal ditubuh - Utusan Malaysia

Skuad Prihatin bakal ditubuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING 3 Mei – Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri akan menubuhkan Skuad Prihatin bagi menangani dengan segera sebarang masalah dihadapi oleh setiap lapisan masyarakat termasuk di kawasan kampung-kampung, mulai bulan depan.

JOHARI ABDUL
JOHARI ABDUL menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas, Minah Awang sempena Program Jelajah 1.0 2019 di Kampung Jawa, Kuala Ketil Baling, Kedah hari ini. – UTUSAN ONLINE/ABD. RAZAK OSMAN

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri, Datuk Johari Abdul berkata, skuad itu akan melibatkan sebahagian besar ahlinya yang terdiri dalam kalangan ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK).

“Gerak kerja untuk masyarakat perlu bermula sekarang tanpa menunggu Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelancaran skuad ini akan disempurnakan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Alor Setar pada 22 Jun depan,” katanya semasa sidang akhbar sempena Program Jelajah 1.0 2019 serta penyampaian sumbangan kepada penduduk kurang bernasib baik di Kampung Jawa, Kuala Ketil, Baling di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Cabang PKR Baling, Razaini Md. Isa.

Menurut Johari, beliau yakin menerusi penubuhan Skuad Prihatin itu nanti, para pemimpin PKR berpeluang untuk berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat sekali gus mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat di akar umbi.

“Pada masa sama, saya juga meminta lebih 1,000 orang yang dilantik sebagai ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) supaya terus bekerja dengan mendekati rakyat demi menaikkan imej parti di kawasan masing-masing,” katanya lagi.

AHMAD SAAD
AHMAD SAAD 

Seorang penerima bantuan, Ahmad Saad, 80, dari Kampung Malayawata menyambut baik sumbangan berupa barangan keperluan yang diberikan itu terutama menjelang Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

MUIN SHABINI
MUIN SHABINI 

Seorang lagi penerima, Muin Shabini, 73, dari Kampung Jawa pula berkata, program diadakan itu menunjukkan bahawa kerajaan pada masa ini prihatin terhadap kesusahan rakyat di kawasan kampung. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini