Selera Warisan Ramadan di Novotel Melaka saji nasi Arab istimewa - Utusan Malaysia

Selera Warisan Ramadan di Novotel Melaka saji nasi Arab istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 13 Mei – Bagi mencipta kelainan kepada pengunjung yang berbuka puasa, Hotel Novotel di Banda Hilir di sini mengetengahkan menu nasi Arab istimewa sepanjang bulan Ramadan ini.

ANUAR ABDUL MAJID
ANUAR ABDUL MAJID 

Jika ditanya kepada pencipta menu itu, Cef Eksekutif Anuar Abdul Majid apa kelainan nasi Arab tersebut, jelas beliau, bahan-bahan untuk menu itu diadunkan sebagai nasi Arab cita rasa Malaysia namun tetap mengekalkan keenakan makanan berasal dari Asia Barat itu.

“Nasi Arab yang merupakan salah satu menu sempena Warisan Ramadan di hotel ini saya olahkan bahan-bahannya dengan cara Malaysia tetapi bagi mereka yang menikmatinya tetap akan tahu ia adalah nasi Arab.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain hidangan ini, terdapat lebih 100 menu dan juadah pelbagai jenis yang disediakan untuk pengunjung dan ia tidak lupa menampilkan ciri-ciri selera tradisional,” katanya ketika ditemui pada sesi pengenalan previu Bufet Ramadan di Hotel Novotel di Banda Hilir di sini.

Antara menu lain yang terdapat sepanjang tempoh tawaran bufet Ramadan sehingga 1 Jun ini bermula pukul 6.45 petang adalah kambing golek, ikan bakar Portugis, sate dan pelbagai juadah lain.

Malah pengunjung yang menikmati bufet di hotel ini turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu penginapan percuma di Hotel Sofitel Kuala Lumpur dan Hotel Avangio di Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut kenyataan hotel itu, selain itu banyak lagi hadiah cabutan bertuah yang menarik ditawarkan di mana seorang pemenang akan diumumkan setiap minggu bermula hari ini hingga 2 Jun depan.

Harga yang dikenakan untuk bufet Ramadan di Hotel Novotel ini adalah RM88 untuk dewasa manakala diskaun sebanyak 50 peratus diberikan kepada kanak-kanak dan warga emas.

Orang ramai yang berminat untuk menikmati pelbagai juadah berbuka puasa di hotel ini boleh menghubungi talian 06–289 8222 atau WhatsApp 019–6426664 untuk maklumat lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini