Selepas H405, kini Himpunan Gergasi Rakyat - Utusan Malaysia

Selepas H405, kini Himpunan Gergasi Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SETELAH setahun Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Putrajaya, Kongres Rakyat, Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dan 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam-Melayu berpendirian bahawa kedaulatan agama Islam dalam negara kita sekarang berada dalam keadaan bahaya dan perlu diselamatkan. Sekiranya perkara ini dibiarkan maka keadaan akan menjadi lebih teruk dari hari ini.

Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam (H405) yang diadakan di Kuala Lumpur pada 4 Mei lalu adalah permulaan kepada kesedaran dan keprihatinan rakyat terhadap ancaman kedaulatan Islam yang sedang berlaku dalam negara kita.

H405 adalah isyarat awal kepada kerajaan PH bahawa rakyat sudah hilang kepercayaan kepada mereka untuk membela kedaulatan agama Islam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Gelombang kebangkitan rakyat yang dicetuskan dalam H405 baru-baru ini akan diteruskan dengan program bergerak di peringkat negeri-negeri dari utara ke selatan, Pantai Barat ke Pantai Timur sehinggalah semua umat Islam faham, bersatu dan bersedia untuk bangkit membela kedaulatan Islam dalam negara kita.

Isu konspirasi dalam kes siasatan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim; Statut Rom yang membelakangkan Majlis Raja-Raja; pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC); Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan isu status Islam dalam kad pengenalan akan menjadi antara topik kempen penerangan di negeri-negeri.

Kami mengalu-alukan penglibatan rakyat termasuk NGO, tokoh masyarakat dan mana-mana ahli politik yang prihatin dengan isu ini untuk bersama dengan kami dalam kempen nasional ini.

Kempen peringkat nasional dalam masa terdekat ini bakal disusuli Himpunan Gergasi Rakyat yang akan memberikan pengajaran secukupnya kepada pihak-pihak yang bersekongkol dalam agenda menghapuskan kedaulatan Islam di Malaysia.

KAMARUZAMAN 
MOHAMAD
Pengarah H405 dan Timbalan Pengerusi Ummah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini