GEMA alunan surah al-Kahfi memenuhi ruang Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor berikutan lebih 3,000 yang hadir termasuk warga asing membaca surah itu sempena sambutan World#QuranHour bermula pukul 12 tengah hari, semalam. Dalam masa sama, kempen World#QuranHour turut diadakan secara serentak di lebih 2,100 lokasi dalam negara di samping 79 lokasi dari 27 penyertaan negara luar. Surah yang mengandungi 110 ayat tersebut dibaca…










