Reman Timbalan Pengarah Kanan DBKL disambung - Utusan Malaysia

Reman Timbalan Pengarah Kanan DBKL disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 13 Mei – Tempoh reman Timbalan Pengarah Kanan sebuah jabatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dua lagi suspek yang disiasat berhubung kes menerima dan memberi rasuah RM200,000 disambung empat hari lagi.

Selain itu, seorang bekas Setiausaha Akhbar sebuah kementerian dan seorang lagi suspek iaitu orang awam yang juga direman sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mereka dibebaskan dengan jaminan RM4,000 bersama seorang penjamin manakala pasport masing-masing diarahkan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesemua perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim setelah membenarkan permohonan SPRM.

Kesemua suspek sebelum ini direman selama lima hari bermula 9 Mei lalu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan SPRM menemukan wang tunai RM1 juta di rumah milik pegawai kanan DBKL itu di Ukay Perdana, Ampang.

Pembongkaran itu susulan penahanan kesemua suspek yang berumur antara 41 hingga 57 tahun oleh SPRM di sebuah restoran sekitar Kuala Lumpur antara pukul 12.00 hingga 12.30 tengah malam pada 8 Mei lalu.

Menurut sumber, berdasarkan siasatan awal SPRM, Timbalan Pengarah berkenaan didakwa menerima RM200,000 daripada kontraktor sebagai balasan memberikan kerja penambahbaikan insfrastuktur di bawah seliaanya.

Bukan sahaja kontraktor-kontraktor perlu mengeluarkan wang, mereka dipercayai dipaksa membeli barangan mentah kejuruteraan dengan harga dua kali ganda daripada syarikat proksi milik suspek.

Mereka terpaksa berbuat demikian setelah menenangi tender DBKL dengan bantuan Timbalan Pengarah agensi pihak berkuasa tempatan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini