BANGKOK 24 Jun – Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn hari ini merasmikan sidang Parlimen yang pertama sejak kerajaan junta memerintah pada 2014.
Lapor Reuters, Parlimen Thailand akan memilih Perdana Menteri baharu, yang bakal membentuk Kabinet bulan hadapan.
“Semoga anggota Parlimen sedar tentang kepentingan dan tanggungjawab mereka.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kerana setiap tindakan anggota Parlimen akan memberi kesan secara langsung kepada negara dan kesejahteraan rakyat,” ujar Raja Maha Vajiralongkorn.
Parlimen Thailand terdiri daripada 500 anggota Dewan Perwakilan yang dipilih ketika pilihan raya umum pada 24 Mac lalu dan 250 senator, dilantik oleh kerajaan junta. – AGENSI











