GEMBIRA. Seramai enam pelajar Diploma Pengurusan Peruncitan, Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL) menyertai program lawatan antarabangsa ke HomePro Thailand baru-baru ini.
Pengarah PMKL, Hikmatullah Hajid Ahmad Khan memberitahu, program yang dilaksanakan dengan kerjasama HomePro Malaysia selaku rakan industri itu bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar PMKL dengan aktiviti-aktivti pengurusan peruncitan di peringkat antarabangsa.
“Setakat ini, seramai 55 pelajar Diploma Pengurusan Peruncitan PMKL telah menjalani program Pembelajaran Berasaskan Industri di HomePro Malaysia,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…











