PDRM rampas ganja, heroin bernilai RM250,680 - Utusan Malaysia

PDRM rampas ganja, heroin bernilai RM250,680

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Polis menahan enam lelaki dan seorang wanita yang disyaki pengedar dadah, dan merampas ganja seberat 421.5 gram serta heroin 252 gram bernilai kira-kira RM25,680, dalam dua serbuan di sekitar Seremban, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan Pang Jin Lai berkata serbuan itu dilakukan sepasukan polis terdiri dari pegawai dan anggota JSJN IPK Negeri Sembilan, pada kira-kira pukul 1.00 petang.

Katanya, tujuh individu yang berumur dalam lingkungan 22 sehingga 28 tahun itu ditahan susulan pemerhatian dan serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Bidara di sini yang turut membawa kepada penemuan dadah jenis ganja dianggarkan seberat 311.5 gram dan heroin seberat 175 gram.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Serbuan kedua kemudiannya dibuat keatas sebuah rumah di Taman Nusari Aman 2 (Ratna 2) Sendayan* polis menemui ganja seberat 110 gram dan heroin seberat 77 gram. Jumlah keseluruhan rampasan seberat 421.5 gram bagi ganja dan 252 gram bagi heroin, semuanya dianggar bernilai RM25,680,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurutnya polis turut merampas dan menyita sebuah kereta Perodua Alza, tiga buah motosikal dan wang tunai dengan jumlah sitaan bernilai RM61,149. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini