KUALA LUMPUR 31 Mei – Majlis Permuafakatan Ngo Felda (MPNF) berharap agar pemberian Bantuan Khas Hari Raya Aidifitri berjumlah RM300 dapat menggalakkan peneroka Felda meningkatkan hasil pengeluaran mereka. Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, pemberian duit raya itu ibarat satu insentif produktiviti kepada peneroka Felda serta inisiatif buat peneroka menjual hasil mereka di kilang Felda (kini FGV Holdings Berhad), meskipun jumlahnya lebih rendah berbanding tahun lalu. “Memahami kewangan kerajaan khususnya Felda, setidak-tidaknya…










