SANTUNI. Seramai 22 anak yatim menerima sumbangan wang dan pembinaan sebuah perpustakaan mini daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada program Mahasiswa Prihatin di Rumah Amal Raudhatul Jannah di Banting, Selangor baru-baru ini.
Mahasiswa UPM, Ainin Sofiya berkata, matlamat program tersebut untuk memupuk semangat kemasyarakatan antara pelajar-pelajar universiti dengan komuniti luar.
Pengetua Rumah Amal itu, Zawalajam Mashod memberitahu, program itu mendedahkan penghuni rumah tersebut dengan ikatan kasih sayang, semangat bekerjasama dan saling hormat-menghormati antara samu sama lain.
Memuatkan artikel berkaitan…











