LIMA 11 Mei – Kerajaan Peru semalam mengumumkan sekatan kemasukan di tiga kawasan utama di Machu Picchu selama dua minggu sebagai langkah untuk mengelak ‘lebih banyak kerosakan’ di tapak sejarah tersebut.
Bermula dari 15 hingga 28 Mei ini, kawasan Kuil Matahari, Kuil Condor dan Kuil Batu Intihuatana akan diletakkan dibawah kawalan penuh UNESCO.
Kementerian Pelancongan Peru menyatakan bahawa langkah itu perlu bagi mmeulihara tapak sejarah itu supaya tidak teruk terjejas akibat aktiviti pelancongan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Hampir 6,000 pelancong melawat tapak sejarah itu setiap hari. — AFP











