Lelaki maut motosikal langgar anjing - Utusan Malaysia

Lelaki maut motosikal langgar anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mei – Seorang penunggang motosikal terbunuh gara-gara terlanggar seekor anjing sebelum terbabas dan merempuh kontena besi di bahu jalan di Daro, Sarawak, hari ini.

Memetik laporan Utusan Borneo, Ketua Polis Daerah Mato Daro, Deputi Superintenden Neil Baginda berkata, kejadian malang itu dipercayai berlaku sekitar pukul 6.30 pagi.

Katanya, mangsa yang datang dari arah rumah panjang Bagat, Nangar Kecil Daro menuju ke Kampung Badong apabila kejadian itu berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiba di lokasi, mangsa yang berumur 26 tahun dipercayai telah melanggar seekor anjing di tengah jalan sebelum terbabas dan merempuh kontena besi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Neil berkata, mangsa yang identitinya belum diperolehi, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Daro.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Daro dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengankutan Jalan 1987.

Difahamkan, anjing berkenaan turut mati dalam kemalangan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini